Tuesday, January 8, 2013

PESANAN LUKMANUL HAKIM.


Menyemak google (betul ke ayat ni?) dan menjumpai mutiara sebagai panduan dan renungan.

25 PESANAN LUKMANUL  HAKIM
01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH
02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

HIDUP BERPEDOMAN



Kadang kala bila kita berjaya kita enggan menerima nasihat orang yang berilmu dan kadang kala kita riak dan angkuh bila dinasihati. 
Sekadar peringatan untuk diri saya dan keluarga , maka saya abadikan post yang diambil dari beberapa sumber sebagai panduan untuk diri ini. Mohon kebenaran untuk menyiarkannya semula dan maaf saya telah terlupa sumber post ini di perolehi.

Sama-samalah kita renungkan dan mengambil pengajaran darinya.

Kompilasi Nasihat Luqman Al Hakim

"Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari
pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :

Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka
jagalah baik-baik fikiranmu.
Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu
(pandangan matamu).
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga
lidahmu (perkataanmu).
Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga
perangaimu.
Ingatlah kepada Allah s.w.t.
Ingatlah akan mati.
Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DAN BAGHALNYA.
Alkisah dalam satu riwayat menceritakan bagaimana pada suatu hari Luqman
Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor baghal, manakala
anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu,
sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata, 'Lihat orang tua itu
yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki baghalnya
sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka
Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula, "Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas
belakang baghal itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah
`orang ramai pula berkata lagi, "Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal,
alangkah siksanya baghal itu membawa beban yang berganda."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan
anaknya turun dari baghal itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!"
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim
telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka
orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada
Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi
pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,
"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir.
 Sesungguhnya
tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu
tipis
keyakinannya (iman) tentang agamanya,
lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan
hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya),
dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah- rendahkan dan meringan-ringankannya.

Terima kasih kepada yang empunya post.
izinkan saya sekadar berkongsi panduan. semoga anda diberkatiNYA.

Monday, September 24, 2012

ADAKAH KITA SEDAR........

Dunia makin hari makin berubah.... begitu jua isi alamnya
tapi....
Dimanakah pengakhiran kita....

SABDA RASULULLAH...

"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (H.R.Tarmizi)

KEBESARANMU YA ALLAH

BISMILLAH.....
Antara sedar dan tidak
Antara biasa dan tidak
Antara lupa dan alpa
Aku sering menyebut kalimah ini tanpa menyelami kebesarannya dan alhamdulillah ketika bersendirian, aku di sedarkan olehNYA...
dan
hasil pencarianku ,inilah yang ingin aku kongsi bersama kalian.

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan
di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya. "

8 ) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran,
maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Sunday, February 20, 2011

TEKA TEKI / RIDDLE


QUESTIONS.......
  1. DOES THE COBRA REALLY DANCE TO A SNAKE CHARMER'S TUNE?
  2. WHICH INTELLIGENT ANIMAL CAN REMEMBER THE SEASON AND PLACES WHERE ITS FAVORITE FOOD IS FOUND?
  3. WHAT SQUIRREL IS FOUND ONLY IN THE NORTH OF THE GRAND CANYON?
  4. WHAT ARE PLANTS,WHICH GIVE FLOWERS ONLY ONCE IN THEIR LIVETIME CALLED?
  5. WHY IS AN INSECT'S BLOOD NOT RED LIKE THAT OF OURS?
  6. NAME THE ONLY BIRD THAT CAN FLY BACKWARDS AS WELL AS FORWARD.
  7. NAME THE BIRD THAT FLY UNDERWATER.
ANWERS.........

  1. NO
  2. THE SLOTH BEAR
  3. THE WHITE TAILED KAIBAB SQUIRREL
  4. MONOCARPIC
  5. ITS DOESN;T CONTAIN HAEMOGLOBIN
  6. THE HUMMING BIRD
  7. THE DIPPER

QUESTIONS.........
  1. WHICH COUNTRY IS FAMOUS FOR SAMBA DANCE?
  2. AT WHAT AGE DID LOUIS BRAILLE INVENT HIS SYSTEM OF WRITING FOR THE BLIND?
  3. WHAT LAND IS KNOWN AS THE LAND OF THE WHITE ELEPHANT?
  4. WHICH IS THE HIGHEST WATERFALL IN THE WORLD?
  5. WHO IS KNOWN AS THE FATHER OF HYDROGEN BOMB?

ANSWERS..........

  1. BRAZIL
  2. 15
  3. THAILAND
  4. SALTO ANGEL FALLS, VENEZUELA
  5. EDWARD TELLOR

mutiara kata

  • penemuan yg paling hebat dlm 100 tahun ialah penemuan kuasa yang tidak kita sedari dalam minda kita.
  • saya bersyukur dengan halangan-halangan yang saya lalui kerana ia membolehkan saya belajar bertolak ansur,simpati,mengawal diri ,ketabahan,dan kebaikan-kebaikan lain yang mungkin saya tidak pernah tahu.

  • jangan takut kepada sesiapa, jangan benci kepada sesiapa, jangan sumpah seranah sesiapa.dengan itu..kamu akan peroleh ramai kawan.

  • minda yang segar akan memastikan badan yang segar.masukkan kesemua idea hari ini.keluarkan idea kelmarin.untuk hari esok,masa adalah mencukupi untuk memikirkannya selepas ia hari ini.

  • don't walk behind me, i may not lead. don't walk in front of me , i may not follow.just walk beside me and be my friend.

  • associate yourself with a men of gold quality if you esteem your own reputation;tis better to be alone than be in a bad company.

  • falsafah hidup saya ialah jika kita fikirkan tentang cita-cita kita dan kemudian bekerja kuat kearah tujuan itu, kita tidak akan kalah walau bagaimanapun,kita akan tetap menang.

  • vision without action is merely a dream. action without vision just passes the time.vision with action can change the world.

  • only as high as i reach can i grow.only as far as i seek can i go. only as deep as i can look can i see,only as much as dream that i can be.

  • you see things; and you say "why?" but i dream that things that never were, and i say "why not?"

  • jangan takut bertanya soalan-soalan yang bodoh..ia lebih baik daripada membuat kesilapan yang bodoh.

  • our greatest glory is not in never failing,but rising everytime we fall.

  • the whole secret of existence is to have no fear.never fear what will become of you,depend on no one.only the moment you reject all help becomes free.

  • don't go around and say the world owes you a living,the world owes you nothing. it was here first,

  • never spent your money before you even got it.

Tuesday, May 11, 2010